Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Dr. Ali Akbar Valayati, Penasihat Antarabangsa Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata, "Ulama dunia Islam mengecam ekstremisme dengan cara bergabung dalam kongres ini. Persidangan ini sendiri menjadi satu pesanan besar kepada dunia Islam bahawa umatnya sepakat dalam menghadapi golongan ekstremisme."
Beliau berkata demikian ketika diwawancara wartawan di luar dewan Kongres Antarabangsa Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam yang berlangsung selama dua hari di Qom, kelmarin.
Tambah beliau lagi, "Buat pertama kalinya program ini dilangsungkan oleh ulama Syiah setelah kemunculan Takfiri dan ramai ulama dunia Islam turut hadir. Mereka juga menceritakan betapa pentingnya mengadakan program seperti ini."
"Apa yang telah dilakukan oleh Amerika bukanlah untuk menjaga kepentingan umat Islam, bahkan negara tersebut menjadi dalang dalam perpecahan umat di dunia Islam. Akar umbi gerakan Takfiri dan al-Qaeda perlu dicari di Amerika," kata beliau kepada wartawan ABNA.
Berita Kongres Anrtarabangsa Gerakan Ekstremisme Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam